Isnin, 30 Disember 2024

Satellite Piko

 Berukuran 5x5x5 sentimeter dengan berat kurang dari 250 gram, SpaceANT-D akan mendemonstrasikan misi penstoran dan penghantaran data untuk aplikasi IoT yang dinamakan 'Space Advance Network Technology' (SpaceANT).

Ianya akan menerima data daripada sensor di bumi dan kemudiannya dihantar semula ke stesen bumi dengan menggunakan cloud bagi memudahkan pengambilan data oleh pengguna.

SpaceANT dibangunkan serta dibiayai oleh geran yang dimenangi oleh SpaceIn dan Syarikat ini juga merupakan menerima dana daripada CRADLE untuk pembangunan pusat data satelit di USM.

spaceant d 1

Malah, pelancaran satelit ini juga menunjukkan komitmen universiti dan SpaceIn untuk membangunkan bakat tempatan di samping menggalakkan inovasi dan kemajuan industri angkasa di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceIn, Dr. Norilmi Amilia Ismail menyuarakan keterujaan beliau akan peristiwa bersejarah ini dan menyatakan kesungguhan SpaceIn dalam bercita-cita untuk memimpin aktiviti penjelajahan angkasa di Malaysia.

“Pengurangan kos melalui penggunaan satelit kecil ini akan memberi lebih banyak peluang kepada semua untuk menggunakan teknologi angkasa bagi menyelesaikan pelbagai masalah industri dan kehidupan,” kata beliau.

Sabtu, 14 Disember 2024

Wira Silat 2024

 

Tidak disangka kalender penghujung tahun ini terdapat program jarang sekali dijalankan setiap tahun. Kali ini kejuaraan Wira Silat 2024 di Dewan Rajawali, Sabak Bernam adalah penglibatan ahli seni silat muda daripada peringkat usia bawah 12 tahun.



Mengikut tinjauan dilakukan pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gayung Selangor peringkat daerah Sabak Bernam bertempat di Dataran Dewan Rajawali, Taman Berjaya, Sabak. Jumlah peserta agak ramai melebihi 300 orang termasuk beberapa penyokong sebagai tukang sorak bagi merancakkan acara silat yang berlansung 2 hari bermula pada 14 & 15 Disember, 2024.


Peserta terdiri kumpulan persilatan.

Pertandingan Wira Silat. 2024

- Seni Silat Hj Dorani

- Seni Silat Panglima Hitam

- Seni Silat Pro Elite

- Seni Silat Gayung Sembilan.

- Seni Silat Bunga Batu Arang.





Silat Olahraga 




Apa yang menarik adalah terdapat beberapa aspek dalam seni silat termasuk jenis seni olahraga yang dijadikan peraturan pertandingan kali. Pengadilan dikira mengikut pemerhatian hakim empire sejumlah 3 orang dan juga empire 2 gelanggang perlawanan. Setiap peserta menggunakan bengkong biru atau merah, manakala pemarkahan diadili mengikut jumlah mata diberikan 1-3 daripada pengadil silat. Perasmian dilancarkan oleh Hj Hashim Mustapha penyelaras DUN Sabak.







Oleh NadzriAbd

Ahad, 10 November 2024

Botanical Garden


Visit Singapura


Pada 2015, selepas perjalanan permohonan selama lima tahun, Taman Botani Singapura yang berusia 161 tahun telah dianugerahkan status Tapak Warisan Dunia UNESCO (WHS), menjadikannya WHS UNESCO pertama Singapura. Taman Botani Singapura ialah Taman Botani pertama dalam senarai dari Asia, dan Taman Botani ketiga dalam senarai keseluruhan, menyertai Orto botanico di Padova di Padua, Itali dan Taman Botani Diraja di Kew, England.




Pada Mac 2019, Singapura menyerahkan pencalonannya untuk budaya penjajanya untuk ditulis dalam Senarai Perwakilan UNESCO Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan (ICH). Pencalonan ini bertujuan untuk mengiktiraf pusat penjaja sebagai ruang makan bersama. Ia juga mengiktiraf kerja keras yang dilakukan oleh generasi penjaja dan penghargaan yang lebih besar yang telah mula diberikan oleh rakyat Singapura terhadap penjaja dan budaya penjaja kita. Walaupun budaya penjaja mungkin tidak berasal dari Singapura dan tidak eksklusif di pulau itu, ia telah berkembang menjadi sesuatu yang dihargai oleh warga Singapura sebagai sebahagian daripada budaya, sejarah dan identiti kita.


Singapore

Kekayaan warisan Singapura tidak berakhir dengan dua pencalonan ini. Pada 22 Februari 2018, Singapura telah meratifikasi Konvensyen UNESCO 2003 untuk Melindungi Warisan Budaya Tak Ketara (ICH) Kemanusiaan, dan seterusnya melancarkan Inventori ICH. Mulai Oktober 2022, Inventori terdiri daripada 102 elemen, dan lebih banyak lagi akan ditambah secara berperingkat. Apabila kita melihat sekeliling dan mengagumi banyak perkara yang menjadikan Singapura rumah kita, kita tidak boleh lupa bahawa perkara-perkara ini hanya wujud hari ini hasil daripada pemeliharaan dan usaha yang dilakukan oleh mereka yang datang sebelum ini. Marilah kita bekerjasama sebagai satu Singapura, untuk mengekalkan warisan budaya unik kita untuk generasi akan datang, untuk menjadikan Singapura sebagai rumah Awam.


(( Monadz ))

singgah rumah Pn Hayati Kamaruddin 

di Apartment Geylang. Singapore







Ahad, 27 Oktober 2024

Stesyen Angkasa ISS

 Oleh Nadzri Abd.

 

ISS melintasi Asia Tenggara

 Di sini ingin laporkan garisan laluan International Space Station telah berada di orbit di kawasan Asia bermula utara di Ukrain dan  Kazakhstan...pada jam 11.43 pagi waktu Malaysia Hari Ahad, Utara Afghanistan.





Kemudian telah melintasi ke Asia Tenggara menuju garisan laluan ISS ke Semenanjung Malaysia pada jam 11.56 pagi waktu Malaysia.  Agak cuaca tengahari panas dan berangin di bumi.



Ianya terus ke selatan menuju laluan ke Australia utara. Jam 12.07 tengahari. Kemudian saya juga menunggu rehat seketika, ISS telah bergerak pantas ke latitud utara di Britain pada jam 1.09 pm



Foto digital di orbit

 Hari ini pada 21-November-2024  ISS merentasi semula di kawasan Asia tenggara pada jam 2:28 PM  daripada Sumetra Barat hingga Laut China selatan.



 

 

 

 

Beberapa fakta penting angkasa ISS.

- Astranaut NASA Fubio Frank pernah di orbit tugas di ISS selama 367 hari

- Astranaut NASA Peggy Whitson adalah mencipta rekod tugas di ISS selama 677 hari.

- Pelancaran ISS telah dimulakan di orbit pada tahun Disember 1998 kerjasama beberapa negara , Rusia, France, Amerika.

- Beberapa misi kajian sains telah dijalani angkasawan Malaysia Shekh Muszaphar tahun 10-Oktober,2007. Bermula roket Arianspace Soyuz TMA 10 di Kazakhstan.


ISS Live moving 16 time per day










Ahad, 20 Oktober 2024

Xiomi Car Technology

 

Minggu ini saya diberikan info tentang event Technology di KLCC.  Saya ke sana melalui statio. Monorel Kelana Jaya lebih kurang 20 minit ke ibukota. Tanpa di sangka XIomi SU7 ditonjolkan sebagai panduan teknologi China yang baru dalam bidang automotif.

 





Keadaan rekabentuk design memang sportcar dan aerodinamik. Ia dikenali SU7 car Technology daripada Xiomi.  Selain terdapat ruang pameran beberapa Android  terbaru XIomi juga dipamerkan.


SU 7 car





 

 

 

 

 


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 

1) Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital.

2) Mewujudkan budaya berpasukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.

3) Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/ agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul.

4) Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan.


 
Sijil kursus 
Nadzri Abdullah.



Isnin, 7 Oktober 2024

Selangor Digital

 

 


 Saya mengikuti program Selangor 1000 digital yg dirasmikan YB Hj Azman b Dahlan di Dewan Sri Bernam, Sg Besar.

Pelancaran bagi siri kedua ,selepas awal program di Shah Alam. Anjuran SIDEC @ Selangor Invesment Development Economy CENTRE.

Program bermula 8 pagi hingga 5 petang dijangka 200 orang peserta melibatkan agency TnGo, PERKESO, Maxis, Shopline, Tiktok dan Kwsp. Setiap jurucakap perlu buat present produk yang dihasilkan termasuk demografik ditunjukkan. Spt Tiktok jurucakap menonjolkan cara penggunaan aplikasi Tiktok.   Tengahari dan penutup ada jamuan makan disediakan.

 




Notebook Usahawan 

Rumusan hasil program seminar sehari tersebut boleh dianggap menarik dan memberangsangkan kerana terlibat pihak PERKESO dan KWSP selain syarikat korporat terkenal Maxis dan TnGo.


Sekian..

Ahad, 9 Jun 2024

Festival Turath Islami

  Oleh.   Nadzri Shah Alam



Buat julung kalinya kerajaan Selangor bersama Jabatan Mufti  berbanding kerjasama menwujudkan platform pendidikan Islam bercirikan festival Turath yang telah berlansung di Shah Alam.

Kalender program tersebut berlansung selamat 8 hari bermula pada 26-Mei-2024 hingga 3 Jun 2024 lepas. Beberapa tetamu VIP jemputan khas dijemput hadir terutama tokoh agama dan ulama Nusantara , tempahan juga. Kompleks Seni Islam agak besar untuk penganjuran antarabangasa dan prestij yang sesuai bagi acara datang. 




MADAD Centre

Selain itu, pelbagai program diadakan seperti pameran dan sebagainya, tidak macam dahulu (tahun lalu) hanya tumpu kepada pengisian kelas dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Festival Turath Islami Selangor 2024 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Ahad. Pengarah JAIS, Dato Shahzihan Ahmad. Program itu dirasmikan Menteri Besar Selangor dengan kehadiran tokoh agama tempatan dan luar negara. Termasuk Nahdatul Ulama Prof Dr Kiai Aqil Suradji. 





Rm10/

Isnin, 3 Jun 2024

Aqua Fishpark

  

Pusat Ikan Hiasan

Here our brother getting good planning to visit Teluk Kemang in N9. We going visit Taman Ikan Hiasan located in Batu 8 , Port Dickson. It's very popular place to visit from many tourist.  The people must firstly registered in security guard  and parking Rm3 for car. 


Aquarium 

Shark fish

Inside the building I can see small shark in the aquarium. Many species fish marine and aquatic environment  in that place. Outside we can see turtle replica and turtle ternakan in the tab water for fishing.

Hello
Enterence door



Reported story by Nadzri Abdul @ 2024



Sabtu, 1 Jun 2024

Anjung Bagan 2024

  Jom Bagan Datoh. Perak



Pengenalan

Bagan Datuk (ejaan lama: Bagan Datoh) ialah sebuah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Daerah

ini terletak di selatan negeri Perak bersempadan dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak di utara, daerah Muallim di timur, negeri Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat.


Selain itu, masyarakat di Bagan Datuk ini meliputi beberapa pecahan etnik seperti Jawa, Banjar dan Kampar yang terdapat di Bagan Datuk mempunyai cara hidup adat serta bahasa dialek mereka tersendiri.Melayu merupakan penduduk majoriti mewakili 52%, diikuti Cina 21%, India 18% dan lain-lain kaum 9%. Daerah ini juga merupakan daerah dengan peratus populasi kaum india terbanyak di Malaysia.


Daerah ini asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpusat di Teluk Intan. Pada Januari 2016, daerah kecil Bagan Datuk diwujudkan. Daerah kecil ini kemudiannya diwartakan oleh kerajaan negeri Perak sebagai sebuah daerah penuh pada 15 Julai tahun yang sama. Pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 22 November, telah diputuskan daerah ini dieja sebagai Bagan Datuk, bermula pada hari pengisytiharan daerah ini pada 9 Januari 2017.







Sejarah Awal Bagan Datuk

Kata "Bagan" bermaksud pengkalan atau jeti, merujuk kepada fungsi utama kawasan ini sebagai pusat pengangkutan dan perdagangan di tebing Sungai Perak. Penamaan ini merujuk kepada penempatan orang Melayu yang dibina atas air di tebing Sungai Perak, yang dikenali sebagai “bagan”. Nama "Datuk" pula dikaitkan dengan gelaran hormat yang diberikan kepada tokoh penting, iaitu Haji Mat bin Yusof yang dikenali sebagai Tok Kelah. Tok Kelah, berumur 79 tahun ketika itu, merupakan seorang peneroka awal dan salah seorang yang membuka mukim Bagan Datuk pada tahun 1896. 




Sekitar jeti hingga Masjid Hamidi Tuminah di Bagan Datuk. Jauh perjalanan 49 kilometers dari Sabak Bernam.



Saya berada di anjung jeti berhadapan masjid Terapong , Bagan Datoh. Perak.



DAULAT TUANKU


Isnin, 15 April 2024

Syawal 2024

 Abang Long Fadzil

Sambutan Aidilfitri macam dulu dulu tahun ini di sambut dengan pelbagai agenda yang sederhana. Tradisi ketupat rendang menu sajian setiap kali sambutan Aidilfitri.






  • Bila Ramadhan buka puasa
  • Kami syukur buka puasa bersama
  • Mohon doa kebaikan ihya Ramadhan
  • Diberkati hidup Syawal Hari Raya

 





Maaf Zahir Dan Batin

Keluarga kami di Batu 38, Sabak Bernam.