Sabtu, 14 Disember 2024

Wira Silat 2024

 

Tidak disangka kalender penghujung tahun ini terdapat program jarang sekali dijalankan setiap tahun. Kali ini kejuaraan Wira Silat 2024 di Dewan Rajawali, Sabak Bernam adalah penglibatan ahli seni silat muda daripada peringkat usia bawah 12 tahun.



Mengikut tinjauan dilakukan pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gayung Selangor peringkat daerah Sabak Bernam bertempat di Dataran Dewan Rajawali, Taman Berjaya, Sabak. Jumlah peserta agak ramai melebihi 300 orang termasuk beberapa penyokong sebagai tukang sorak bagi merancakkan acara silat yang berlansung 2 hari bermula pada 14 & 15 Disember, 2024.


Peserta terdiri kumpulan persilatan.

Pertandingan Wira Silat. 2024

- Seni Silat Hj Dorani

- Seni Silat Panglima Hitam

- Seni Silat Pro Elite

- Seni Silat Gayung Sembilan.

- Seni Silat Bunga Batu Arang.





Silat Olahraga 




Apa yang menarik adalah terdapat beberapa aspek dalam seni silat termasuk jenis seni olahraga yang dijadikan peraturan pertandingan kali. Pengadilan dikira mengikut pemerhatian hakim empire sejumlah 3 orang dan juga empire 2 gelanggang perlawanan. Setiap peserta menggunakan bengkong biru atau merah, manakala pemarkahan diadili mengikut jumlah mata diberikan 1-3 daripada pengadil silat. Perasmian dilancarkan oleh Hj Hashim Mustapha penyelaras DUN Sabak.







Oleh NadzriAbd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan