Sabtu, 1 Jun 2024

Anjung Bagan 2024

  Jom Bagan Datoh. Perak



Pengenalan

Bagan Datuk (ejaan lama: Bagan Datoh) ialah sebuah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Daerah

ini terletak di selatan negeri Perak bersempadan dengan daerah Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak di utara, daerah Muallim di timur, negeri Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat.


Selain itu, masyarakat di Bagan Datuk ini meliputi beberapa pecahan etnik seperti Jawa, Banjar dan Kampar yang terdapat di Bagan Datuk mempunyai cara hidup adat serta bahasa dialek mereka tersendiri.Melayu merupakan penduduk majoriti mewakili 52%, diikuti Cina 21%, India 18% dan lain-lain kaum 9%. Daerah ini juga merupakan daerah dengan peratus populasi kaum india terbanyak di Malaysia.


Daerah ini asalnya sebahagian daripada daerah Hilir Perak yang berpusat di Teluk Intan. Pada Januari 2016, daerah kecil Bagan Datuk diwujudkan. Daerah kecil ini kemudiannya diwartakan oleh kerajaan negeri Perak sebagai sebuah daerah penuh pada 15 Julai tahun yang sama. Pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 22 November, telah diputuskan daerah ini dieja sebagai Bagan Datuk, bermula pada hari pengisytiharan daerah ini pada 9 Januari 2017.







Sejarah Awal Bagan Datuk

Kata "Bagan" bermaksud pengkalan atau jeti, merujuk kepada fungsi utama kawasan ini sebagai pusat pengangkutan dan perdagangan di tebing Sungai Perak. Penamaan ini merujuk kepada penempatan orang Melayu yang dibina atas air di tebing Sungai Perak, yang dikenali sebagai “bagan”. Nama "Datuk" pula dikaitkan dengan gelaran hormat yang diberikan kepada tokoh penting, iaitu Haji Mat bin Yusof yang dikenali sebagai Tok Kelah. Tok Kelah, berumur 79 tahun ketika itu, merupakan seorang peneroka awal dan salah seorang yang membuka mukim Bagan Datuk pada tahun 1896. 




Sekitar jeti hingga Masjid Hamidi Tuminah di Bagan Datuk. Jauh perjalanan 49 kilometers dari Sabak Bernam.



Saya berada di anjung jeti berhadapan masjid Terapong , Bagan Datoh. Perak.



DAULAT TUANKU


Tiada ulasan:

Catat Ulasan