Oleh Zulhazmi Talibin
Selangor Kini
Dengan ini kerajaan negeri berharap kemakmuran Wilayah Selangor dapat dinikmati oleh rakyat jelata untuk maruah bangsa melayu di negara Kita. Upacara itu juga menandakan rekod Book of Malaysia MBOR sebagai tiang Bendera tertinggu di Asia Tenggara selepas Dataran Merdeka.
Struktur tiang bendera terdiri daripada tiang keluli berbentuk tirus dari diameter 2.8 meter di bahagian tapak kepada 1.2 meter di bahagian puncak, mencapai ketinggian keseluruhan 120 meter.
Di sekeliling tapak tiang, elemen seni bina seperti gerbang, panel kekisi berlapis dan ukiran bermotif flora diterapkan bagi mewujudkan kehadiran visual yang kuat dan bermakna.
Tiang bendera berkenaan diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai tiang bendera tertinggi di Asia Tenggara, sekali gus menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Struktur tiang bendera terdiri daripada tiang keluli berbentuk tirus dari diameter 2.8 meter di bahagian tapak kepada 1.2 meter di bahagian puncak, mencapai ketinggian keseluruhan 120 meter.
Di sekeliling tapak tiang, elemen seni bina seperti gerbang, panel kekisi berlapis dan ukiran bermotif flora diterapkan bagi mewujudkan kehadiran visual yang kuat dan bermakna.
Saiz bendera Selangor yang dikibarkan pula bersaiz 15 meter x 30 meter dengan berat kira-kira 50 kilogram, diperbuat daripada bahan 'knitted polymesh' berkualiti tinggi yang direka untuk ketahanan angin dan cuaca.
Sultan Sharafuddin bertitah, tiang bendera Selangor dengan ketinggian 120 meter di Dataran Selangor adalah satu lagi simbol kebanggaan negeri Selangor dan menjadi mercu tanda terbaharu bandaraya Shah Alam.
"Ketika mengilhamkan pembinaannya, Beta amat berharap agar tiang bendera ini akan menjadi lambang perpaduan (unity) rakyat negeri Selangor, sekali gus menyemarakkan rasa hormat kepada bendera dan semangat cintakan negeri ini.
"Beta pilih tarikh ini sebagai tarikh perasmian tiang bendera ini adalah bersempena Hari Keputeraan Ayahanda Beta, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
.jpeg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan