Hujung tahun ini sebelum penutup tahun 2025 Saya berkesempatan ke Bukit Mertajam lalu menuju ke Penaga. Lokasi yang belum pernah Saya tiba ialah Kampong Agong . Penaga. Mungkin perasan beribu beribu penempatan desa Kampong di Asia.
Ianya adalah destinasi pelancongan Eco Agro Park jarak perjalanan Hanya 30 minit saja daripada Seberang Prai.
Maklumat Utama
Lokasi: nama asal ialah Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (setiap hari).
Aktiviti: Berbasikal mengelilingi bendang, bergambar di sarang burung gergasi, menaiki buaian besar, melawat ladang haiwan mini, dan mencuba pakaian tradisional . Pengunjung dikenakan ticket masuk Rm10/ dewasa.
Terdapat beberapa segmen port fotografi dan Mini Zoo sekitarnya termasuk sawah padi dan kolam Ikan. Selain itu Trem, basikal juga disiapkan Anggaran keluasan Hanya 5 ekar saje berbanding Taman Cahaya Agro di Shah Alam lebih besar.
Home traditional
Kampong Agong ini sebenarnya telah dirasmikan tahun 2022 oleh Yang Dipertuan Negeri , Dato Sri Utama Ahmad Fuzi Razak sebagai motif menjaga rumah tradisi lama dan agro Park akibat kesan pembangunan moden di sana. Pertanian dijadikan simbolik tarikan pelancongan desa agro yang damai dan tenteram.
Kebangkitan semangat juang merdeka seluruh rakyat Malaysia kini teruskan semangat membara dengan jiwa larian merentas KL Marathon running ibukota bersama program Standards Chartered bank 2025.
Difahamkan acara sambutan tersebut terus mendapat perhatian pihak berkuasa dan penasihat kesihatan dalam menghadapi cabaran hidup larian kesihatan bersama peserta larian di ibukota awal pagi sejauh 5 kilometer hingga 10 kilometer bertempat lokasi Dataran Merdeka hingga penamat di Stadium Negara. Jln Hang Jebat. KL
MENDAPATKAN ahli yang sama seperti dirancangkan sememangnya sukar setelah t terpaksa ditunda. Akhirnya, trip ganti yang tertunda sejak dua tahun terlaksana jua. Kami menggunakan bot tekong Erwan dan bertolak dari jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Dungun, Terengganu. Seperti biasa, lokasi pertama yang dituju adalah kawasan unjam untuk mencari umpan ikan hidup menggunakan apollo. Apollo adalah perambut panjang dua depa yang tersedia enam mata kail tanpa menggunakan sebarang umpan dan batu ladung di pasang di bawah sekali. Selepas apollo diturunkan, pemancing LKIM.
Kami menaiki houseboat yang dikendalikan oleh Ali dari Pengkalan Gawi menuju ke Sungai Lawit yang bakal menjadi tempat pancingan untuk trip ini. Sepanjang perjalanan, langit mendung dan sesekali hujan renyai sentimental menemani perjalanan. Sebaik tiba, saya dapati hanya sebuah houseboat yang berada di situ, dan kami bersauh kira-kira 700 meter dari mereka. Aktiviti pancingan terus bermula lewat petang itu. Bagi kaki mengilat seperti Rahiman, Along, Razi, Faizal dan Hilmie, mereka bagaikan cacing kepanasan kalau tidak menerjah ke lubuk-lubuk berdekatan
Saya lebih gemar memburu ikan toman, namun adakalanya saya masih mahukan game pancing dan spesies ikan yang berlainan. Boleh dikatakan selama bertahun-tahun banyak sudah lombong-lombong di sekitar Rawang dan Serendah Selangor ini telah saya selongkari, baik secara menebing mahupun menggunakan bot, demi mencari secebis strike daripada ikan-ikan idaman. Pelbagai teknik pancingan daripada pancingan dasar dan mengilat gewang telah saya praktikkan dan kali ini saya menunda gewang menggunakan bot atau lebih popular digelar trolling. Hari kejadian Nasib baik, sahabat saya, Suhaimi
SAYA bersama Ustaz Fauzan dan Afiq tiba tepat pukul 7 pagi di jeti Sungai Manggis, Dengkil, Selangor. Wak Puyim sudah bersedia di atas botnya. Kita dan Afiq menaiki bot lain, manakala saya satu bot dengan Wak. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah mencari umpan patin iaitu buah berembang.
Sebelum ini saya acapkali melalui PWTC serta merintasi Bank Rakyat tetapi tak singgah ke Perkim. Di sana ada jalan Rahmat ada peluang menikmati medan selera jika kesempatan meninjau lokasi berdekatan Perkim.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989. PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Terdapat cogam Tunku Abd Rahman ketika perasmian Perkim pada pinta masuk di sana.
MISI
MENJADIKAN PERKIM SEBUAH NGO PENGGERAK DAKWAH TERUNGGUL UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI ISLAM DI MALAYSIA DAN
ANTARABANGSA
Lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM adalah: Dakwah Menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.
Idea pembinaan teater bertaraf antarabangsa ini bermula dengan cadangan pada tahun 1964 untuk menubuhkan sebuah pusat kebudayaan bagi menggantikan “Panggung Negara”. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Sesudah siap dan mula beroperasi, Panggung Negara atau National Theaterberpindah ke bangunan baru ini. Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1999.
Teater utama Malaysia untuk persembahan seni dan teater dari dalam dan luar negara termasuk teater muzikal, operata, opera,seni tari dan juga persembahan orkestra, muzik klasik dan konsert. Ia ditubuhkan pada September 1999 dan terletak bersebelahan dengan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Abd Razak di tengah bandaraya Kuala Lumpur
Sejarah
Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 apabila cadangan pengwujudan Pusat Kebudayaan Kebangsaan diserahkan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.
Istana Budaya diilhamkan semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 sebagai wahana seni Malaysia. Pengwujudannya didahului dengan penubuhan Kumpulan Budaya Negara (KBN) pada tahun 1972 di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada tahun 1973, KBN telah berpindah dari Jalan Ampang ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail yang menumpukan kegiatannya secara professional dalam bidang seni tari dan seni muzik tradisional.
Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM210 juta yang mempunyai keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21,000 meter persegi. Istana Budaya boleh dibanggakan sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater.
Rekabentuk bangunan ini adalah bercirikan kebudayaan Melayu. Istana Budaya terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaannya telah siap pada tahun 1998. Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999. Nama Istana Budaya hanya muncul setelah ia dirasmikan pada 15 September 1999 dimana sebelumnya ia dirujuk sebagai Panggung Negara [1]. Kabinet telah memutuskan pemansuhan penggunaan nama Panggung Negara kepada ISTANA BUDAYA secara rasmi pada tahun 2000.
Bangunan ini direka oleh Muhammad Kamar Ya'akub, seorang arkitek tempatan. Sumber inspirasi untuk reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan kepada layang-layang tradisional
Tahun ini pihak sekolah menganjurkan program Alumni SK Kebangsaan Batu 38 Sabak Bernam.
Sempena sambutan Alumni juga menjemput tetamu khas penceramah Samsul Debat Dan juga YB Rizam Ismail dalam agenda petang majlis Hi Tea Sabtu 2-Julai bersempena mencari kutipan dana disalurkan Tabung pembinaan Kabin PKG sekolah sejumlah Rm65000/
Pada akhir majlis tersebut acara disajikan acara cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir termasuk persembahan pelajar serta santapan jamuan ringkas disediakan.
YDP Aslam Salahuddin turut berikan ucapan ringkas berkaitan majlis tersebut selaku penganjuran terlibat dalam PIBG sekolah Batu 38 termasuk sokongan penaja Yayasan Bawal dan juga sokongan YB. Kehadiran dianggarkan 450 orang tetamu pada petang tersebut. Hj Zaki Basar adalah guru Besar sekolah tersebut.
Hidup perlu jalinan hablum minnas dan hablum minallah. Namun begitu terdapat beberapa fikrah manusia yang pentingkan pendidikan Islam dan pengajian tinggi. Oleh itu saya tidak dipelawa ke ibukota untuk mencari rezeki yang hebat tetapi ke bandar Proton City untuk menjauhkan diri dengan kecelaruan fikiran.
Bangunan masjid Proton City bersebelahan dengan UPSI yang terletak di Tanjong Malim jarak jauhnya kira kira 80 kilometer drp Sg Besar. Beberapa tempat lain di sekitar ialah Dewan Canselor Hall, Muzium UPSI dan Pusat Islam Centre.
Masjid Mursyidin
Facility Proton Car
Singgah pekan Mualim serta rehat minum seketika di Restoran Farahani di situ. Keadaan ekonomi baik berkembang maju. Malah Tanjung Malim sedang maju termasuk Behrang 2020.
Saksikan preview kilang Proton yang dimajukan di Tanjung Malim.
Semoga Ramadhan Mubarak tahun ini diberkati ilahi serta rahmatan alamin Muslim muslimat di dunia akhirat.
Menjelang bulan Ramadhan seluruh umat muslim muslimat di Asia akan menantikan ufuk anak bulan serta perisytiharan tarikh bermula berpuasa. Oleh itu cerapan Hilal penting dilakukan supaya ahli falak boleh memerhatikan anak bulan Hilal supaya kesepakatan dalam penentuan falak dalam proses bermula puasa dijalankan oleh muslimin mengikut kaedah yang ditentukan syariah Islam.
Terdapat beberapa pendapat ilmuan Islam pada awal kedatangan Islam di Malaysia dan Nusantara. Kaedah tersebut dilakukan kerana pertambahan penduduk muslim termasuk ajaran Islam berkembang menyatukan semangat ketuhanan dan akidah mengikut sunnah Rasulullah dijalan dengan baik.
Setiap bulan perlukan aktiviti yang menarik untuk masyarakat yang berbilang kaum dan etnik. Oleh itu pihak terlibat menerusi koperasi usahawan bersatu hati untuk meneruskan agenda ekonomi sering dijalankan di merata tempat. Namun begitu cabaran hidup adalah lumrah hidup dalam lapisan masyarakat di Sabak Bernam.
Pasar Pak Maon
Walau bagaimanapun ada pengumpul barangan lama atau vintage Ada dijual until penggemar koleksi barang lama. Antaranya basikal, album lama, pinggan mangguk, baju dan kasut termasuk koleksi wang lama.
Hiburan sampingan juga dibenarkan dengan muzik iringan dan juga penyanyi busker jemputan.
Pasar Karat tersebut dibenarkan ditapak Jln Syed Hasyim, Sabak Bernam berhampiran pawagam lama. Setiap sabtu pagi.