Sambutan perayaan di negara kita lazimnya disambut tiap tahun menjelang Ramadhan hingga Syawal Aidilfitri. Pelbagai acara program dijalankan untuk jalilnan Silaturahim penduduk tempatan serta kunjungan sanak saudara serta kariah masyarakat Desa di Kg Batu 38.
Agenda Jamuan Raya Aidilfitri dan Rumah Terbuka 2026.
Umat Islam di Singapura menyambut 1 Syawal 1447H pada hari Sabtu, 21 Mac 2026, berdasarkan pengumuman rasmi Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir. Keputusan ini dibuat kerana anak bulan terlalu rendah di ufuk dan tidak memenuhi kriteria imkanur rukyah MABIMS, menjadikannya sama dengan negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.
Brunei
Indonesia
Pemerintah Indonesia secara resmi menetapkan 1 Syawal 1447 H (Idul Fitri 2026) jatuh pada Sabtu, 21 Maret 2026. Keputusan ini diambil melalui Sidang Isbat oleh Kementerian Agama pada 19 Maret 2026, setelah pemantauan hilal dan hisab menunjukkan bulan baru belum memenuhi kriteria pada hari sebelumnya.
Malaysia
Sambutan Syawal di Malaysia disambut Sabtu selepas genap Ramadhan 30 Hari melalui cerapan anak Hilal Ramadhan serta pengumuman Penyimpan Mohor Besar Diraja. Kemudian sambutan Raya rumah Terbuka di Istana Negara.
Ucapan Hari Lebaran Syawal Aidilfitri 2026, Maaf Zahir Dan Batin.
Semalam keberangkatan tiba Sultan Selangor ke majlis perasmian tiang Bendera Selangor merah kuning di Dataran Selangor pada Ramadhan ini. Menurut baginda ianya adalah kibaran Bendera Selangor pada tiang tertinggu di Asia Tenggara pada ketinggian 120 metre.
Dengan ini kerajaan negeri berharap kemakmuran Wilayah Selangor dapat dinikmati oleh rakyat jelata untuk maruah bangsa melayu di negara Kita. Upacara itu juga menandakan rekod Book of Malaysia MBOR sebagai tiang Bendera tertinggu di Asia Tenggara selepas Dataran Merdeka.
Struktur tiang bendera terdiri daripada tiang keluli berbentuk tirus dari diameter 2.8 meter di bahagian tapak kepada 1.2 meter di bahagian puncak, mencapai ketinggian keseluruhan 120 meter.
Di sekeliling tapak tiang, elemen seni bina seperti gerbang, panel kekisi berlapis dan ukiran bermotif flora diterapkan bagi mewujudkan kehadiran visual yang kuat dan bermakna.
Tiang bendera berkenaan diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai tiang bendera tertinggi di Asia Tenggara, sekali gus menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Struktur tiang bendera terdiri daripada tiang keluli berbentuk tirus dari diameter 2.8 meter di bahagian tapak kepada 1.2 meter di bahagian puncak, mencapai ketinggian keseluruhan 120 meter.
Di sekeliling tapak tiang, elemen seni bina seperti gerbang, panel kekisi berlapis dan ukiran bermotif flora diterapkan bagi mewujudkan kehadiran visual yang kuat dan bermakna.
Saiz bendera Selangor yang dikibarkan pula bersaiz 15 meter x 30 meter dengan berat kira-kira 50 kilogram, diperbuat daripada bahan 'knitted polymesh' berkualiti tinggi yang direka untuk ketahanan angin dan cuaca.
Sultan Sharafuddin bertitah, tiang bendera Selangor dengan ketinggian 120 meter di Dataran Selangor adalah satu lagi simbol kebanggaan negeri Selangor dan menjadi mercu tanda terbaharu bandaraya Shah Alam.
"Ketika mengilhamkan pembinaannya, Beta amat berharap agar tiang bendera ini akan menjadi lambang perpaduan (unity) rakyat negeri Selangor, sekali gus menyemarakkan rasa hormat kepada bendera dan semangat cintakan negeri ini.
"Beta pilih tarikh ini sebagai tarikh perasmian tiang bendera ini adalah bersempena Hari Keputeraan Ayahanda Beta, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.