Kinabalu Park
![]() |
Reffelisia |
![]() |
Taman Kinabalu |
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dancahaya matahari bagi menghasilkangula dan oksigen.
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Hal ini menunjukkan bahawa rafflesia ialah sejenis parasit yang ia tidak perlu menghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut daripada perumahnya, yang mana perumahnya juga ialah tumbuh-tumbuhan lain.
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar. Bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldiimerupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnoldpada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldiisempena nama merekan
Beberapa spesis yang ada.
Rafflesia arnoldii
Rafflesia cantleyi
Rafflesia gadutensis
Rafflesia hasseltii
Rafflesia keithii
Rafflesia kerrii
Rafflesia manillana
Rafflesia micropylora
Rafflesia pakma
Sekian, Kinabalu Park. Nadzri
Daki gunung Ledang tahun 2003
BalasPadam