Khamis, 20 Februari 2020

Aktivis Teater

Penggiat Seni Teater

 Hafidz Haikal atau lebih dikenali mula menceburi pada usia 10 tahun di RTM program kanak kanak. Antara program persembahan ialah Pondok bersama Nabil Ahmad, Kembar kecoh, Tom tombak.Geng Bas Sekolah dan keluarga Iskandar. Manakala melanjutkan pengajian di UPSI dalam Diploma Seni Teater di Perak. Antara pementasan yang beliau terlibat ialah " Teater Atas Pokok", Teater Bangsawan Tun Teja,Teater Atap Genting Rumbia,Yong Raja Tangkai Hati di Sepanyol dan sebagainya. Persembahan di Istana Budaya berjudul Teater Muzikal Kanak kanak pada tahun 2009.
 Intan Suraya.
Lebih senang dikenali Intan berasal Kuala Lumpur telah mula menceburi teater di sekolah pada usia 14 tahun. Kemudian lanjutkan pelajaran di Uitm Pasir Gudang. Johor. Antara pementasan teater berjudul Teater Jalanan 2016 dan anak murid kepada Fairul Pujangga.Teater Puteri Mayang arahan Rahimah Muda. Kemudian terlibat persembahan terbaik di Semarak Teater peringkat daerah. Arahan penggiat tersohor Dinsman berjudul Uda & Dara di Sabak Bernam tahun 2017.

 Taufiq Izmir  (UDA)
Merupakan graduan ASWARA tahun 2010/2013 lepas. Menerima guru daripada Marliya Musa dan Ahmad Yatim dan Pn Rosminah Tahir. Antara teater penting seperti Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya tahun 2014. Turut membintangi tercicir Qaseh Layla SLOT drama RTM. Teater Sawah Padi Uda dan Dara pentas terbuka arahan Dinsman.

Dinsman
Dilahirkan pada tahun 1949, Shamsudin Othman di Jitra Kedah. Melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Petaling Jaya. (1969) . Mendapat ijazah Sarjana Persuratan di UITM pada 2008. Antara teater terkenal ialah Protes,Jebat, Tamu dari Medan Perang.Teater Hadis Nabi.dan Menunggu kata dari Tuhan.
Manakala hasil penulisan bermotif politik iaitu Gawat Formula Mahathir, Jelajah Budaya, Mencari Kewajaran Islam.   Terlibat persatuan Seniman PAKSI, Gerakan Intelektual Rakyat.


Teater Uda dan Dara drp Karyawan Usman Awang dipentaskan di Sg Besar, selangor tahun 2017.




1 ulasan: