Isnin, 23 Jun 2025

Home made Karipap

 

Di sini saya ingin tunjukkan beberapa resepi yang boleh kita pelajari dalam penghasilan karipap yang sedap serta halal untuk menikmati cuba di rumah.


Bermula buatkan inti karipap dahulu..

Cara buat inti

Cara karipap kentang

Cara buat karipap pusing

 
Ahli ahli terlibat
Mak Siti bt Husnan
Mohd Fadzil
Wan Nadia Zawawi
Mohd Nadzri Abdullah


HASZIL ENTERPRISE
Lot 1019, Kampong Batu 38
Sabak Bernam, Selangor DE
email Haszil@asia.com
Tel : 011-57229976

Rabu, 30 April 2025

Projek Proton City

 


Hidup perlu jalinan hablum minnas dan hablum minallah. Namun begitu terdapat beberapa fikrah manusia yang pentingkan pendidikan Islam dan pengajian tinggi. Oleh itu saya tidak dipelawa ke ibukota untuk mencari rezeki yang hebat tetapi ke bandar Proton City untuk menjauhkan diri dengan kecelaruan fikiran.



Bangunan masjid Proton City bersebelahan dengan UPSI yang terletak di Tanjong Malim jarak jauhnya kira kira 80 kilometer drp Sg Besar.  Beberapa tempat lain di sekitar ialah Dewan Canselor Hall, Muzium UPSI dan Pusat Islam Centre.

Masjid Mursyidin



Facility Proton Car

Singgah pekan Mualim serta rehat minum seketika di Restoran Farahani di situ. Keadaan ekonomi baik berkembang maju. Malah Tanjung Malim sedang maju termasuk Behrang 2020. 



Saksikan preview kilang Proton yang dimajukan di Tanjung Malim.


Catatan :: M Nadzri Abd


Jumaat, 21 Februari 2025

Semangat Andalusia

Oleh Faris Afham 

Ihya Ramadhan 2025



Semoga Ramadhan Mubarak tahun ini diberkati ilahi serta rahmatan alamin Muslim muslimat di dunia akhirat.

Menjelang bulan Ramadhan seluruh umat muslim muslimat di Asia akan menantikan ufuk anak bulan serta perisytiharan tarikh bermula berpuasa. Oleh itu cerapan Hilal penting dilakukan supaya ahli falak boleh memerhatikan anak bulan Hilal supaya kesepakatan dalam penentuan falak dalam proses bermula puasa dijalankan oleh muslimin mengikut kaedah yang ditentukan syariah Islam.


Terdapat beberapa pendapat ilmuan Islam pada awal kedatangan Islam di Malaysia dan Nusantara. Kaedah tersebut dilakukan kerana pertambahan penduduk muslim termasuk ajaran Islam berkembang menyatukan semangat ketuhanan dan akidah mengikut sunnah Rasulullah dijalan dengan baik.


Cerapan hilal Ramadhan falak.


Nadzri Abdullah Solusi 2025




Selasa, 21 Januari 2025

Pasar Karat

 

Setiap bulan perlukan aktiviti yang menarik untuk masyarakat yang berbilang kaum dan etnik. Oleh itu pihak terlibat menerusi koperasi usahawan bersatu hati untuk meneruskan agenda ekonomi sering dijalankan di merata tempat. Namun begitu cabaran hidup adalah lumrah hidup dalam lapisan masyarakat di Sabak Bernam. 


Pasar Pak Maon

Walau bagaimanapun ada pengumpul barangan lama atau vintage Ada dijual until penggemar koleksi barang lama. Antaranya basikal, album lama, pinggan mangguk, baju dan kasut termasuk koleksi wang lama.











Hiburan sampingan juga dibenarkan dengan muzik iringan dan juga penyanyi busker jemputan.




Pasar Karat tersebut dibenarkan ditapak Jln Syed Hasyim, Sabak Bernam berhampiran pawagam lama. Setiap sabtu pagi.