SAHABAT JORAN
MENDAPATKAN ahli yang sama seperti dirancangkan sememangnya sukar setelah t terpaksa ditunda. Akhirnya, trip ganti yang tertunda sejak dua tahun terlaksana jua. Kami menggunakan bot tekong Erwan dan bertolak dari jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Dungun, Terengganu. Seperti biasa, lokasi pertama yang dituju adalah kawasan unjam untuk mencari umpan ikan hidup menggunakan apollo. Apollo adalah perambut panjang dua depa yang tersedia enam mata kail tanpa menggunakan sebarang umpan dan batu ladung di pasang di bawah sekali. Selepas apollo diturunkan, pemancing LKIM.
Kami menaiki houseboat yang dikendalikan oleh Ali dari Pengkalan Gawi menuju ke Sungai Lawit yang bakal menjadi tempat pancingan untuk trip ini. Sepanjang perjalanan, langit mendung dan sesekali hujan renyai sentimental menemani perjalanan. Sebaik tiba, saya dapati hanya sebuah houseboat yang berada di situ, dan kami bersauh kira-kira 700 meter dari mereka. Aktiviti pancingan terus bermula lewat petang itu. Bagi kaki mengilat seperti Rahiman, Along, Razi, Faizal dan Hilmie, mereka bagaikan cacing kepanasan kalau tidak menerjah ke lubuk-lubuk berdekatan




Tiada ulasan:
Catat Ulasan