Selasa, 19 Ogos 2025

PERKIM



Sebelum ini saya acapkali melalui PWTC serta merintasi Bank Rakyat tetapi tak singgah ke Perkim. Di sana ada jalan Rahmat ada peluang menikmati medan selera jika kesempatan meninjau lokasi berdekatan Perkim.

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989. PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Terdapat cogam Tunku Abd Rahman ketika perasmian Perkim pada pinta masuk di sana.

MISI 

MENJADIKAN PERKIM SEBUAH NGO PENGGERAK DAKWAH TERUNGGUL UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI ISLAM DI MALAYSIA DAN 

ANTARABANGSA 

Lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM adalah: Dakwah Menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan