Isnin, 1 September 2025

Sahabat Merdeka

 

SAHABAT JORAN 

MENDAPATKAN ahli yang sama seperti dirancangkan sememangnya sukar setelah t terpaksa ditunda. Akhirnya, trip ganti yang tertunda sejak dua tahun terlaksana jua. Kami menggunakan bot tekong Erwan dan bertolak dari jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Dungun, Terengganu. Seperti biasa, lokasi pertama yang dituju adalah kawasan unjam untuk mencari umpan ikan hidup menggunakan apollo. Apollo adalah perambut panjang dua depa yang tersedia enam mata kail tanpa menggunakan sebarang umpan dan batu ladung di pasang di bawah sekali. Selepas apollo diturunkan, pemancing LKIM.


Kami menaiki houseboat yang dikendalikan oleh Ali dari Pengkalan Gawi menuju ke Sungai Lawit yang bakal menjadi tempat pan­cingan untuk trip ini. Sepanjang perjalanan, langit mendung dan sesekali hujan renyai sentimental menemani perjalanan. Sebaik tiba, saya dapati hanya sebuah houseboat yang berada di situ, dan kami bersauh kira-kira 700 meter dari mereka. Aktiviti pancingan terus bermula lewat petang itu. Bagi kaki mengilat seperti Rahiman, Along,  Razi, Faizal dan Hilmie, mereka bagaikan cacing kepanasan kalau tidak menerjah ke lubuk-lubuk berdekatan



Saya lebih gemar memburu ikan toman, namun adakalanya saya masih mahukan game pancing dan spesies ikan yang berlainan. Boleh dikatakan selama bertahun-tahun banyak sudah lombong-lombong di sekitar Rawang dan Serendah Selangor ini telah saya selongkari, baik secara menebing mahupun menggunakan bot, demi mencari secebis strike daripada ikan-ikan idaman. Pelbagai teknik pancingan daripada pancingan dasar dan mengilat gewang telah saya praktikkan dan kali ini saya menunda gewang menggunakan bot atau lebih popular digelar trolling. Hari kejadian Nasib baik, sahabat saya, Suhaimi



SAYA bersama Ustaz Fauzan dan Afiq tiba tepat pukul 7 pagi di jeti Sungai Manggis, Dengkil, Selangor. Wak Puyim sudah bersedia di atas botnya. Kita dan Afiq menaiki bot lain, manakala saya satu bot dengan Wak. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah mencari umpan patin iaitu buah berembang.