Selasa, 19 Ogos 2025

PERKIM



Sebelum ini saya acapkali melalui PWTC serta merintasi Bank Rakyat tetapi tak singgah ke Perkim. Di sana ada jalan Rahmat ada peluang menikmati medan selera jika kesempatan meninjau lokasi berdekatan Perkim.

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989. PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Terdapat cogam Tunku Abd Rahman ketika perasmian Perkim pada pinta masuk di sana.

MISI 

MENJADIKAN PERKIM SEBUAH NGO PENGGERAK DAKWAH TERUNGGUL UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA INSTITUSI ISLAM DI MALAYSIA DAN 

ANTARABANGSA 

Lima elemen utama yang menggerakkan halatuju PERKIM adalah: Dakwah Menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.





Ahad, 17 Ogos 2025

Istana Budaya

oleh Nadzri Abd

ISTANA BUDAYA

Idea pembinaan teater bertaraf antarabangsa ini bermula dengan cadangan pada tahun 1964 untuk menubuhkan sebuah pusat kebudayaan bagi menggantikan “Panggung Negara”. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Sesudah siap dan mula beroperasi, Panggung Negara atau National Theaterberpindah ke bangunan baru ini. Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh Perdana Menteri  Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1999. 

Teater utama Malaysia untuk persembahan seni dan teater dari dalam dan luar negara termasuk teater muzikal, operata, opera,seni tari dan juga persembahan  orkestra, muzik klasik dan konsert. Ia ditubuhkan pada September 1999 dan terletak bersebelahan dengan  Balai Seni Lukis Negara di  Jalan Tun Abd Razak di tengah bandaraya  Kuala Lumpur



Sejarah

Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 apabila cadangan pengwujudan Pusat Kebudayaan Kebangsaan diserahkan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.

Istana Budaya diilhamkan semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 sebagai wahana seni Malaysia. Pengwujudannya didahului dengan penubuhan Kumpulan Budaya Negara (KBN) pada tahun 1972 di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada tahun 1973, KBN telah berpindah dari Jalan Ampang ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail yang menumpukan kegiatannya secara professional dalam bidang seni tari dan seni muzik tradisional.




Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM210 juta yang mempunyai keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21,000 meter persegi. Istana Budaya boleh dibanggakan sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater.

Rekabentuk bangunan ini adalah bercirikan kebudayaan Melayu. Istana Budaya terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaannya telah siap pada tahun 1998. Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999. Nama Istana Budaya hanya muncul setelah ia dirasmikan pada 15 September 1999 dimana sebelumnya ia dirujuk sebagai Panggung Negara [1]. Kabinet telah memutuskan pemansuhan penggunaan nama Panggung Negara kepada ISTANA BUDAYA secara rasmi pada tahun 2000.

Bangunan ini direka oleh Muhammad Kamar Ya'akub, seorang arkitek tempatan. Sumber inspirasi untuk reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan kepada layang-layang tradisional 

Antara pementasa teater yang telah berlansung :


Sabtu, 2 Ogos 2025

Gamit Kenangan

Alumni Majlis Hi Tea

Tahun ini pihak sekolah menganjurkan program Alumni SK Kebangsaan Batu 38 Sabak Bernam.

Sempena sambutan Alumni juga menjemput tetamu khas penceramah Samsul Debat Dan juga YB Rizam Ismail dalam agenda petang majlis Hi Tea  Sabtu 2-Julai bersempena mencari kutipan dana disalurkan Tabung pembinaan Kabin PKG sekolah sejumlah Rm65000/ 





Pada akhir majlis tersebut acara disajikan acara cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir termasuk persembahan pelajar serta santapan jamuan ringkas disediakan. 

YDP Aslam Salahuddin turut berikan ucapan ringkas berkaitan majlis tersebut selaku penganjuran terlibat dalam PIBG sekolah Batu 38 termasuk sokongan penaja Yayasan Bawal dan juga sokongan YB. Kehadiran dianggarkan 450 orang tetamu pada petang tersebut. Hj Zaki Basar adalah guru Besar sekolah tersebut.



promo produk Al Amar drp Samsul Debat