Sinopsis Dua Takdir Cinta. TV2
Mengisahkan tentang dua beradik anak yatim bernama Mariana dan Sabrina yang dijaga oleh makcik mereka sehingga berusia belasan tahun sehingga mereka terpisah. Selama 20 tahun , Mariana dan Sabrina hidup berasingan sehinggalah mereka bertemu semula apabila Mariana pergi mencari adiknya itu.Namun hidup mereka tidak lah seindah yang disangka. Pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu mereka hadapi demi untuk mencapai satu kebahagiaan.
Sinopsis Jodoh-Jodoh Annisa. TV3
Majlis pernikahan Annisa bermula. Rykarl dan orang-orang kuat Dato Azhar semua berteka-teki tentang siapakah yang akan menjadi CEO baru F3. Annisa tidak mengerti kenapa dia perlu bernikah.Dato Azhar dirawat di wad kecemasan dan mungkin perlukan pembedahan. Karl tidak mahu Annisa berada di hospital kerana dia penyebab Azhar sakit. Annisa buntu dan rasa bersalah.
Annisa dihalau daripada hospital atas arahan Rykarl. Dr Ishak berjanji akan menolong Annisa. Annisa terpaksa menumpang rumah Sheila buat sementara waktu. Annisa tidak dibenarkan pulang ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan