Isnin, 23 Jun 2025

Home made Karipap

 

Di sini saya ingin tunjukkan beberapa resepi yang boleh kita pelajari dalam penghasilan karipap yang sedap serta halal untuk menikmati cuba di rumah.


Bermula buatkan inti karipap dahulu..

Cara buat inti

Cara karipap kentang

Cara buat karipap pusing

 
Ahli ahli terlibat
Mak Siti bt Husnan
Mohd Fadzil
Wan Nadia Zawawi
Mohd Nadzri Abdullah


HASZIL ENTERPRISE
Lot 1019, Kampong Batu 38
Sabak Bernam, Selangor DE
email Haszil@asia.com
Tel : 011-57229976

Rabu, 30 April 2025

Projek Proton City

 


Hidup perlu jalinan hablum minnas dan hablum minallah. Namun begitu terdapat beberapa fikrah manusia yang pentingkan pendidikan Islam dan pengajian tinggi. Oleh itu saya tidak dipelawa ke ibukota untuk mencari rezeki yang hebat tetapi ke bandar Proton City untuk menjauhkan diri dengan kecelaruan fikiran.



Bangunan masjid Proton City bersebelahan dengan UPSI yang terletak di Tanjong Malim jarak jauhnya kira kira 80 kilometer drp Sg Besar.  Beberapa tempat lain di sekitar ialah Dewan Canselor Hall, Muzium UPSI dan Pusat Islam Centre.

Masjid Mursyidin



Facility Proton Car

Singgah pekan Mualim serta rehat minum seketika di Restoran Farahani di situ. Keadaan ekonomi baik berkembang maju. Malah Tanjung Malim sedang maju termasuk Behrang 2020. 



Saksikan preview kilang Proton yang dimajukan di Tanjung Malim.


Catatan :: M Nadzri Abd


Jumaat, 21 Februari 2025

Semangat Andalusia

Oleh Faris Afham 

Ihya Ramadhan 2025



Semoga Ramadhan Mubarak tahun ini diberkati ilahi serta rahmatan alamin Muslim muslimat di dunia akhirat.

Menjelang bulan Ramadhan seluruh umat muslim muslimat di Asia akan menantikan ufuk anak bulan serta perisytiharan tarikh bermula berpuasa. Oleh itu cerapan Hilal penting dilakukan supaya ahli falak boleh memerhatikan anak bulan Hilal supaya kesepakatan dalam penentuan falak dalam proses bermula puasa dijalankan oleh muslimin mengikut kaedah yang ditentukan syariah Islam.


Terdapat beberapa pendapat ilmuan Islam pada awal kedatangan Islam di Malaysia dan Nusantara. Kaedah tersebut dilakukan kerana pertambahan penduduk muslim termasuk ajaran Islam berkembang menyatukan semangat ketuhanan dan akidah mengikut sunnah Rasulullah dijalan dengan baik.


Cerapan hilal Ramadhan falak.


Nadzri Abdullah Solusi 2025




Selasa, 21 Januari 2025

Pasar Karat

 

Setiap bulan perlukan aktiviti yang menarik untuk masyarakat yang berbilang kaum dan etnik. Oleh itu pihak terlibat menerusi koperasi usahawan bersatu hati untuk meneruskan agenda ekonomi sering dijalankan di merata tempat. Namun begitu cabaran hidup adalah lumrah hidup dalam lapisan masyarakat di Sabak Bernam. 


Pasar Pak Maon

Walau bagaimanapun ada pengumpul barangan lama atau vintage Ada dijual until penggemar koleksi barang lama. Antaranya basikal, album lama, pinggan mangguk, baju dan kasut termasuk koleksi wang lama.











Hiburan sampingan juga dibenarkan dengan muzik iringan dan juga penyanyi busker jemputan.




Pasar Karat tersebut dibenarkan ditapak Jln Syed Hasyim, Sabak Bernam berhampiran pawagam lama. Setiap sabtu pagi.

Isnin, 30 Disember 2024

Satellite Piko

 Berukuran 5x5x5 sentimeter dengan berat kurang dari 250 gram, SpaceANT-D akan mendemonstrasikan misi penstoran dan penghantaran data untuk aplikasi IoT yang dinamakan 'Space Advance Network Technology' (SpaceANT).

Ianya akan menerima data daripada sensor di bumi dan kemudiannya dihantar semula ke stesen bumi dengan menggunakan cloud bagi memudahkan pengambilan data oleh pengguna.

SpaceANT dibangunkan serta dibiayai oleh geran yang dimenangi oleh SpaceIn dan Syarikat ini juga merupakan menerima dana daripada CRADLE untuk pembangunan pusat data satelit di USM.

spaceant d 1

Malah, pelancaran satelit ini juga menunjukkan komitmen universiti dan SpaceIn untuk membangunkan bakat tempatan di samping menggalakkan inovasi dan kemajuan industri angkasa di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SpaceIn, Dr. Norilmi Amilia Ismail menyuarakan keterujaan beliau akan peristiwa bersejarah ini dan menyatakan kesungguhan SpaceIn dalam bercita-cita untuk memimpin aktiviti penjelajahan angkasa di Malaysia.

“Pengurangan kos melalui penggunaan satelit kecil ini akan memberi lebih banyak peluang kepada semua untuk menggunakan teknologi angkasa bagi menyelesaikan pelbagai masalah industri dan kehidupan,” kata beliau.

Sabtu, 14 Disember 2024

Wira Silat 2024

 

Tidak disangka kalender penghujung tahun ini terdapat program jarang sekali dijalankan setiap tahun. Kali ini kejuaraan Wira Silat 2024 di Dewan Rajawali, Sabak Bernam adalah penglibatan ahli seni silat muda daripada peringkat usia bawah 12 tahun.



Mengikut tinjauan dilakukan pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gayung Selangor peringkat daerah Sabak Bernam bertempat di Dataran Dewan Rajawali, Taman Berjaya, Sabak. Jumlah peserta agak ramai melebihi 300 orang termasuk beberapa penyokong sebagai tukang sorak bagi merancakkan acara silat yang berlansung 2 hari bermula pada 14 & 15 Disember, 2024.


Peserta terdiri kumpulan persilatan.

Pertandingan Wira Silat. 2024

- Seni Silat Hj Dorani

- Seni Silat Panglima Hitam

- Seni Silat Pro Elite

- Seni Silat Gayung Sembilan.

- Seni Silat Bunga Batu Arang.





Silat Olahraga 




Apa yang menarik adalah terdapat beberapa aspek dalam seni silat termasuk jenis seni olahraga yang dijadikan peraturan pertandingan kali. Pengadilan dikira mengikut pemerhatian hakim empire sejumlah 3 orang dan juga empire 2 gelanggang perlawanan. Setiap peserta menggunakan bengkong biru atau merah, manakala pemarkahan diadili mengikut jumlah mata diberikan 1-3 daripada pengadil silat. Perasmian dilancarkan oleh Hj Hashim Mustapha penyelaras DUN Sabak.







Oleh NadzriAbd

Ahad, 10 November 2024

Botanical Garden


Visit Singapura


Pada 2015, selepas perjalanan permohonan selama lima tahun, Taman Botani Singapura yang berusia 161 tahun telah dianugerahkan status Tapak Warisan Dunia UNESCO (WHS), menjadikannya WHS UNESCO pertama Singapura. Taman Botani Singapura ialah Taman Botani pertama dalam senarai dari Asia, dan Taman Botani ketiga dalam senarai keseluruhan, menyertai Orto botanico di Padova di Padua, Itali dan Taman Botani Diraja di Kew, England.




Pada Mac 2019, Singapura menyerahkan pencalonannya untuk budaya penjajanya untuk ditulis dalam Senarai Perwakilan UNESCO Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan (ICH). Pencalonan ini bertujuan untuk mengiktiraf pusat penjaja sebagai ruang makan bersama. Ia juga mengiktiraf kerja keras yang dilakukan oleh generasi penjaja dan penghargaan yang lebih besar yang telah mula diberikan oleh rakyat Singapura terhadap penjaja dan budaya penjaja kita. Walaupun budaya penjaja mungkin tidak berasal dari Singapura dan tidak eksklusif di pulau itu, ia telah berkembang menjadi sesuatu yang dihargai oleh warga Singapura sebagai sebahagian daripada budaya, sejarah dan identiti kita.


Singapore

Kekayaan warisan Singapura tidak berakhir dengan dua pencalonan ini. Pada 22 Februari 2018, Singapura telah meratifikasi Konvensyen UNESCO 2003 untuk Melindungi Warisan Budaya Tak Ketara (ICH) Kemanusiaan, dan seterusnya melancarkan Inventori ICH. Mulai Oktober 2022, Inventori terdiri daripada 102 elemen, dan lebih banyak lagi akan ditambah secara berperingkat. Apabila kita melihat sekeliling dan mengagumi banyak perkara yang menjadikan Singapura rumah kita, kita tidak boleh lupa bahawa perkara-perkara ini hanya wujud hari ini hasil daripada pemeliharaan dan usaha yang dilakukan oleh mereka yang datang sebelum ini. Marilah kita bekerjasama sebagai satu Singapura, untuk mengekalkan warisan budaya unik kita untuk generasi akan datang, untuk menjadikan Singapura sebagai rumah Awam.


(( Monadz ))

singgah rumah Pn Hayati Kamaruddin 

di Apartment Geylang. Singapore